Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto REUTERS
RIYADH,18 September - Pengendali Al-Nassr,Luis Castro secara sah tidak lagi bersama pasukan tersebut.
Perkara itu disahkan kelab Liga Pro Saudi itu.
Al-Nassr ketika ini menduduki tangga ketujuh liga pada lima mata,selepas menang hanya satu daripada tiga aksi pertama liga musim ini.
Mereka tewas 4-1 di tangan Al-Hilal pada final Piala Super Saudi awal Ogos lalu.
"Semua di Al-Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis dan pembantunya di atas sumbangan mereka sejak 14 bulan lalu," kata kelab itu.
Untuk rekod,Castro,63 tahun dilantik pada Julai 2023 selepas lebih setahun membimbing kelab Serie A Brazil,Botafogo.
Castro juga pernah membimbing Shakhtar Donetsk menjuarai Liga Premier Ukraine pada musim 2019-20,serta kelab Brazil,Vitoria Guimaraes dan kelab-kelab Portugal,Porto dan Rio Ave. - REUTERS