Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2024-09-18     berita.rtm.gov.my HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,17 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM28.79 bilion daripada RM24.92 bilion pagi ini manakala dana Islam bertambah kepada RM26.78 bilion daripada RM25.39 bilion sebelumnya.

Terdahulu,BNM menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.

Bank Pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM26.7 bilion daripada RM25.4 bilion.

Pada 4.00 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM26.70 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Setakat 13 September 2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

Pasaran ditutup pada Isnin,16 September 2024 sempena cuti umum Maulidur Rasul 1446H/2024 dan Hari Malaysia -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.