Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-20
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Penduduk yang terjejas akibat banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena diminta membuat laporan polis mengenai kejadian bencana alam tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Foto RTM
POKOK SENA,20 September – Penduduk yang terjejas akibat banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena,Kedah,diminta membuat laporan polis mengenai kejadian bencana alam tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kota Setar,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Siti Nor Salawati Saad berkata kaunter polis telah dibuka di PPS di kedua-dua daerah bagi memudahkan penduduk terjejas membuat laporan tanpa perlu ke balai.
"Setiap PPS menyediakan anggota polis dan buku laporan untuk memudahkan mangsa banjir membuat laporan polis. Kita tidak mahu menyusahkan mereka,lebih-lebih lagi jika balai polis jauh dari kawasan mereka," katanya kepada RTM selepas melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau,di sini.
Tambah Siti Nor Salawati,penduduk terjejas juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah ke PPS.
Katanya,kegagalan untuk berpindah atau mematuhi prosedur boleh menyebabkan mereka tercicir daripada menerima bantuan kerajaan.
Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke PPS,sementara Kerajaan Negeri Kedah turut menyediakan Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 sebagai bantuan awal kepada KIR yang terjejas.