Fri Dec 20
Memandu secara berbahaya, polis kesan tiga kereta berkuasa tinggi
2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress
Tangkap layar video tular kenderaan yang memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan,di Kulai
KULAI,20 September – Polis sedang giat mengesan pemandu tiga buah kereta berkuasa tinggi yang terlibat dalam kesalahan memandu secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan,di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kulai,Superintenden Tan Seng Lee memaklumkan tindakan itu diambil susulan video tular di media sosial yang menunjukkan insiden tersebut.
"Video berdurasi 36 saat itu memaparkan dua kereta model yang sama memotong kenderaan lain dengan menggunakan lorong kecemasan,sambil mengekori rapat antara satu sama lain.
"Kenderaan yang merakam insiden tersebut menerusi kamera papan pemuka juga didapati turut terlibat dalam perbuatan itu," katanya menerusi kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.