Anwar beramah mesra dengan penduduk di Puchong

2024-09-20     berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUCHONG,20 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat bersama-sama lebih 700 jemaah di Masjid Darussalam,di sini hari ini.

Beliau turut mendengar Khutbah Jumaat bertajuk Akhlak Umat Islam disampaikan khatib Huraimi Hamzah.

Perdana Menteri turut meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Terdahulu,Anwar sempat menjamu selera di Warung Maju D'Salam dan menikmati makan tengah hari sambil bertemu dengan pemilik warung.

Beliau tiba disambut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Wan Mamat dan Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan Arumugam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.