Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-20
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Datuk Zahari Sarip
KLUANG,20 September- Sebanyak RM5 juta subsidi harga barang diberikan kepada pengunjung menerusi inisiatif Jualan Kasih Johor di lebih 300 lokasi di negeri itu.
Ia membabitkan peruntukan antara RM50,000 hingga RM70,000 daripada Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA) untuk setiap program jualan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip berkata,dengan tawaran itu,beliau yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan.
"Saya harap penduduk Johor khasnya dapat menyokong setiap program yang dijalankan supaya ia menjadi suntikan kepada kerajaan negeri untuk menambah peruntukan," katanya.
Beliau berkata selepas membuat tinjaun Jualan Kasih Johor (KASIH) dan Jualan Agro Madani (JAM) di Dataran Taman Sri Makmur,di sini hari ini.
Program Jualan Kasih Johor itu turut menawarkan 30,000 kilogram bekalan ayam dan ikan,6,000 papan bekalan telur ayam dan 5,000 botol minyak masak.