Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-25
HaiPress
Banjir yang melanda Perak,pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,di daerah Kerian,ditutup / Foto APM Kerian
IPOH,24 September – Banjir yang melanda Perak,di daerah Kerian,ditutup pada pukul 2 petang tadi.
PPS tersebut sebelum ini menempatkan seramai 29 penduduk daripada tujuh keluarga yang terjejas akibat banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan pemantauan yang dilakukan pelbagai agensi mendapati keadaan di kawasan bencana kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
"Sehubungan itu,semua penduduk yang terlibat telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," menurut sekretariat itu menerusi kenyataan.
PPS SK Changkat Lobak dibuka sejak Jumaat lalu berikutan hujan lebat yang berterusan serta fenomena air pasang besar,yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut.