Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-15
HaiPress

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah jentolak di Jalan Lencongan Timur,Sungai Petani pagi tadi / Foto RTM
SUNGAI PETANI,15 Oktober – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah jentolak di Jalan Lencongan Timur,di sini,pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Penolong Pesuruhjaya Polis,ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6:45 pagi melibatkan mangsa,Zuraini Murad,48,yang memandu kereta sebelum merempuh belakang jentolak terbabit.
Kemalangan berlaku dari arah Taman Batik menuju ke Bukit Bayan.
"Mangsa,yang bekerja sebagai tukang masak,mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu jentolak,seorang lelaki berusia 24 tahun,tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.