Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-15
HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,15 Oktober – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menafikan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti dibuat secara tergesa-gesa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Katanya,usaha tersebut merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasa institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan,bagi memastikan bidang kefatwaan dan hukum syarak dapat ditadbir secara teratur,telus,dan berwibawa.
Ini sekali gus meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia.
"Proses penggubalan dilakukan secara teliti dan memakan masa untuk memastikan RUU yang komprehensif,teratur dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan.
Jawatankuasa Penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah ditubuhkan pada tahun 2021.
Jawatankuasa tersebut dianggotai wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Jabatan Peguam Negara,Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Selangor.
Mohd Na’im turut mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta,kerana ia boleh mencetuskan polemik terhadap usaha memperkasa institusi Mufti.