Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-15
HaiPress

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak,kembali beroperasi.- Foto Facebook Rapid KL
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak,kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini setelah kerja-kerja baik pulih selesai dijalankan.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan,pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja baik pulih sementara komponen landasan.
Ujian terhadap sistem dan komponen landasan turut dijalankan bagi memastikan perkhidmatan dapat disambung dengan selamat mengikut piawaian keselamatan.
“Bagaimanapun,pasukan kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren,” menurut kenyataan itu.
Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL itu dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan,terdapat gangguan perkhidmatan berpunca daripada aliran air hujan luar biasa di kawasan sekitar yang telah memasuki landasan,sehingga menyebabkan kerosakan beberapa komponen trek,pada pukul 10.20 pagi.
Kejadian itu memaksa pihak operasi menghentikan bekalan kuasa di kawasan terlibat,bagi membolehkan pemeriksaan serta kerja baik pulih dilakukan.