Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-17
HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) melancarkan Model Kenderaan EV C10 LeapMotor di The Exchange TRX Kuala Lumpur / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,16 Oktober - Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai 20 peratus jumlah volum industri (TIV) bagi kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pada separuh kedua 2024,sebanyak 6,617 kenderaan EV telah terjual,mencatatkan peningkatan sebanyak 112 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Jadi saya rasa kita berada di landasan yang betul kerana sasaran kita adalah pada 2030,bukan tahunan. Sasaran kita adalah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan TIV.
"Setakat 30 September,sebanyak 3,171 stesen pengecasan EV telah dipasang di seluruh negara,di mana 813 daripadanya merupakan pengecas pantas DC. Sasaran kami adalah untuk mencapai 10,000 stesen pengecasan menjelang akhir 2025," katanya selepas majlis pelancaran SUV Stellantis x Leapmotor C10,di sini.
Tambah Zafrul,industri automotif menyumbang antara 4 hingga 5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun.
Katanya,industri tersebut akan terus menjadi tonggak penting kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menyokong lebih daripada 700,000 pekerjaan.