Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-17
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 Oktober - Bank Rakyat menerbitkan Sukuk Kelestarian sulungnya berjumlah RM500 juta.
Penerbitan kali ini merangkumi dua bahagian iaitu RM150 juta bagi tempoh lima tahun dan RM350 juta bagi tempoh tujuh tahun.
Penerbitan ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai segmen pelabur dan telah diagihkan dalam kalangan pelabur institusi.
Hasil daripada penerbitan ini akan disalurkan bagi membiayai perniagaan dan projek secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Komitmen ini juga menyokong objektif bank sebagai institusi kewangan bertanggungjawab dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi serta kelestarian alam sekitar.