Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-20
HaiPress

FOTO HIASAN
IPOH,20 Oktober - Situasi banjir di Perak menyaksikanjumlah penduduk terjejas adalah seramai 557 orang daripada 173 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan,setakat pukul 12.00 tengah hari,lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah.
Di daerah Hilir Perak,284 penduduk daripada 83 keluarga dipindahkan ke tiga PPS iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak,Dewan MPTI Langkap dan Dewan Serbaguna Chikus.
211 penduduk daripada 71 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di daerah Perak Tengah.
Manakala 62 penduduk daripada 19 keluarga masih berlindung di dua PPS di daerah Kerian.