1,443 premis di Kelantan diberi amaran berkaitan Akta 852

2024-10-20     HaiPress

Operasi Mega Bersepadu JKNK Penguatkuasaan Akta 852 di Kota Bahru

KOTA BAHRU,20 Oktober - Sebanyak 1,443 premis di seluruh negara diberi amaran berkaitan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK),Datuk Dr Zaini Hussin berkata,amaran sebagai peringatan itu diberikan kepada 1,201 pemilik dan pengendali premis di 10 daerah sejak 1 hingga 14 Oktober lalu.

Antara premis yang telah diperiksa termasuklah empat kedai khas menjual rokok elektronik,cerut dan rokok,52 kedai serbaneka,serta 49 kedai runcit.

Selain itu,502 premis makanan dan kedai makan,serta 594 premis kategori lain turut diperiksa.

"Saya percaya dalam tempoh 6 hingga 12 bulan ini,kita akan lebih menekankan kepada aspek pendidikan sebelum tindakan penguatkuasaan penuh dilaksanakan.

"Saya menyeru agar masyarakat Kelantan menyokong akta ini demi kesihatan awam," katanya pada sidang media sempena Operasi Mega Bersepadu JKNK Penguatkuasaan Akta 852 di sini hari ini.

Operasi Mega Bersepadu yang diadakan di Kota Bharu turut melibatkan 160 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mulai 1 Oktober 2024,Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan.

Menerusi akta itu,terdapat beberapa peruntukan berkaitan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak serta remaja yang bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.