Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-21
HaiPress

KUCHING,21 Oktober -Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas keluar mencari lokanditemukan meninggal dunia pada awal pagi tadi di muara Kampung Terusan Jaya,Sematan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lundu,Muhamad Hazijul Abdul Mujun,mengesahkan mangsa,Mohamad Nazratul Kamil,26,ditemui penduduk kampung pada pukul 1.49 pagi,kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap,dengan tubuh yang masih sempurna tanpa kesan gigitan reptilia air,'' katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mangsa dipercayai lemas akibat dibawa arus ketika cuba menyeberangi sungai pada petang semalam.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.