Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-22
HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
KUALA LUMPUR,22 Oktober - Kementerian Pengangkutan dalam usaha mempertingkatkan pengangkutan awam di seluruh Johor menggunakan hasil kutipan Road Charge (RC) yang telah dipungut.
Menterinya Anthony Loke memaklumkan kutipan RC tahun ini menunjukkan peningkatanberbanding tahun lalu.
"Kita akan cuba berbincang dan meyakinkan Kementerian Kewangan supaya kutipan Road Charge ini disalurkan semula untuk pengangkutan awam dan memang betul apabila Projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) siap kelak,kita memang memerlukan rangkaian bas di kawasanJohor Bahru dan sudah tentu memerlukan peruntukan tambahan," kata Loke.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri,Tan Hong Pindi Dewan Rakyat.
Tambah Loke,setakat Septemberhampir 4.4 juta kenderaan telah memasuki kedua-dua pintu masuk Johor dan Singapura dengan kutipan Road Charge sebanyak RM87,944,580.