Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-25
HaiPress

Pengarah KPDN Melaka,Norena Jaafar
BANDARAYA MELAKA,25 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan nilai sitaan sebanyak RM246,640.70,setakat September lalu.
Tegas Pengarahnya,Norena Jaafar,ia melibatkan barang kawalan seperti gula,minyak masak,tepung gandum,cecair petroleum gas dan diesel.
"Maka,daripada tahun lepas hingga kini,kita mendapati segelintir peniaga yang memberikan lesen niaga kepada warga asing untuk diguna pakai.
Maknanya,nama itu nama dia tetapi diberi kepada warga asing. Sebanyak 50 permohonan telah kita tolak,hasil daripada naziran berdasarkan risikan dan pemeriksaan di premis-premis," kata Norena kepada pemberita,hari ini.
Katanya,jumlah itu membabitkan lapan kes Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) yang membabitkan warga asing dan warganegara.
Sementara itu,pihaknya juga turut mengadakan pemutihan lesen CSA itu.