Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-25
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.33 bilion daripada RM37.49 bilion pada pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM17.04 bilion daripada RM18.05 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.30 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM17 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Okt,2024.- BERNAMA