Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-26
HaiPress

Foto Media Sosial
KEMAMAN,25 Oktober - Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut menyebabkan kerosakan rumah di beberapa buah kampung sekitar kawasan Chukai dan Kijal.
Kejadian berlaku sekitar pukul 4.00 petang itu menyebabkan 33 buah rumah dan sebuah kolej terjejas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata,setakat ini lapan buah rumah dikenal pasti terjejas di Kampung Titian Berayun,lapan di Kampung Tengah Kijal,15 di Taman Fikri,sebuah rumah dan sebuahKolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Mak Lagam.
"Beberapa kanopi peniaga kecil di kawasan Kijal turut diterbangkan angin,namun kejadian itu tidak seteruk ribut kuat yang melanda pada Rabu lalu," kata Hanyan ketika dihubungi RTM.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Dalam pada itu beliau meminta orang ramai agar tidak menularkan sebarang video dan gambar kejadian dengan keterangan yang menimbulkan kegusaran awam.