Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-26
HaiPress

Foto hiasan
PUTRAJAYA,25 Oktober- Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM),sempena sambutan Hari Deepavali yang akan disambut pada 31 Oktober ini.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata,bagi ILJTM di Johor,Kedah,Kelantan dan Terengganu,cuti tambahan ialah pada 30 Oktober manakala ILJTM di negeri-negeri lain pada 1 November depan.
"Memandangkan terdapat 1,500 orang pelajar India di ILJTM,Kementerian Sumber Manusia (Kesuma),bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada semua pelajar ILJTM.
"Cuti panjang selama empat hari dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pelajar ILJTM khususnya pelajar India yang beragama Hindu,bagi menyambut perayaan Hari Deepavali bersama-sama keluarga," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun,kelas gantian perlu diadakan mengikut tarikh yang bersesuaian sebelum berakhirnya semester latihan bagi mencapai dan mencukupkan jam latihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
31 Oktober 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia.