Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-26
HaiPress

Foto FB anwaribrahimofficial
KUALA LUMPUR,25 Oktober-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Russia,Vladimir Putin,atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS di Kazan.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya,ucapan terima kasih turut di zahirkan kepada Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli yang mewakili beliau ke Kazan .
Ia bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya melonjak kedudukan dan pendirian negara.
Terdahulu,Malaysia diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS,sebuah blok secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.
BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia.