Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-26
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,25 Oktober - Prestasi pasaran saham tempatan kekal neutral,selepas Belanjawan 2025 dibentangkan di parlimen minggu lalu.
Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd Imran Yassin berkata,meski mempamerkan trend penurunan,namun tiada pergerakan drastik dalam aktiviti dagangan.
Jelasnya,turun naik pasaran dalam tempoh beberapa hari dagangan minggu ini,adalah seiring prestasi serantau selain dipengaruhi faktor luaran.
"Lebih kepada faktor-faktor luaranlah,faktor-faktor di Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya. Jadi di sini kita boleh lihat,bagaimana pasaran banyak inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan banyak menunjukkan apa yang dijangkakan pasaran,tidak memberi satu kejutan kepada pasaran,jadi ini boleh dikatakan neutral," kata Imran.
Sementara itu,data ekonomi terkini Amerika Syarikat yang memberangsangkan selain jangkaan tiada pemotongan kadar faedah secara agresif oleh rizab persekutuan,telah mengukuhkan kedudukan dolar ketika ini.
Namun,trend itu bukan hanya mempengaruhi prestasi ringgit,malah kebanyakan mata wang lain di dunia.