Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-27
HaiPress

Gobind Singh Deo
PETALING JAYA,26 Oktober- Kementerian Digital akan mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan MyDigital ID pada suku pertama 2025.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata,ketika ini pelbagai usaha sedang dijalankan bagi mempertingkatkan penggunaanya.
"Kita berharap boleh meyakinkan lagi rakyat untuk menggunakan tetingkap ini sebagai aplikasi untuk mereka mendapat akses kepada perkhidmatan digital kerajaan.
"Jadi kita dapat bergerak ke depan dan berharap semua perkhidmatan yang disediakan di setiap kementerian dapat disatukan bawah satu platform," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepasProgram Sentuhan Kasih anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini.
Antara usaha tersebut termasuk penyelarasan maklumat bagi memastikan ia dapat diakses menerusi satu perkhidmatan.
MyDigital ID merupakan satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.
Selain itu kewujudannya dilihat akan membantu keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.