Fri Dec 20
Karnival Jobcare Istimewa Selangor bantu golongan rentan rebut peluang kerja
2024-10-28 HaiPress
Foto RTM
SHAH ALAM,28 Oktober - Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Karnival Jobcare Istimewa Selangor,satu inisiatif khas untuk membantu golongan rentan.
Antaranya seperti Orang Kurang Upaya (OKU),Orang Asli,asnaf,bekas banduan,dan gelandangan dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Program yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),melibatkan kerjasama antara 40 syarikat dari sektor awam dan swasta yang menawarkan pelbagai jenis kerjaya dari peringkat am hingga profesional.
Menurut Exco Sumber Manusia,Pembasmian Kemiskinan,Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti Selangor,V Papparaidu,karnival itu dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup golongan rentan dengan memberi mereka akses kepada pekerjaan.
"Ini adalah penempatan kerja di Selangor,iaitu jawatan khusus yang ditawarkan adalah sebanyak 4,300 jawatan,meliputi luar dari Selangor termasuk 'offshore'.
"Saya nak umumkan kita akan laksanakan berbaki dua lagi program di Sepang pada 16 November,iaitu di Bandar Komuniti Salak Tinggi dan terakhir di Sabak Bernam pada 14Disember bertempat di Dewan Tun Razak," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Program Karnival Jobcare Istimewa 2024 di sini.
Terdahulu,Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan karnival tersebut.