1,057 premis diperiksa, inisiatif pupuk kesedaran Akta berkaitan rokok

2024-10-29     HaiPress

Pegawai JKN lakukan pemeriksaan di salah sebuah premis/Foto FB JKN Perlis

PERLIS,29 Oktober - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis melakukan pemeriksaan di 1,057 premis seluruh Perlis bagi memberi penerangan berhubung Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri,Dr Ghazali Chik,antara premis diperiksa termasuk klinik,rumah ibadat,kawasan taman permainan,pusat kecergasan,pusat hiburan,hentian pengangkutan awam,kaunter perkhidmatan awam,sekolah dan premis makanan.

"Pada masa sekarang memang kita tidak ada menggunakan pendekatan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kompaun sehingga enam bulan dari tarikh kuatkuasa iaitu sehingga penghujung Mac 2025," katanya ketika mengetuai operasi di premis makanan dan kedai vape sekitar Kangar.

Sejak 1 Oktober lalu,pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan akta yang dikuatkuasakan.

Ia termasuk menerusi pengedaran risalah,ceramah,penggunaan papan tanda larangan merokok dan kempen menerusi media bercetak dan elektronik serta media sosial.

Akta 852 melibatkan beberapa aspek seperti peruntukan penjualan produk merokok berbentuk permainan serta peruntukan melibatkan pengiklanan,promosi dan tajaan semua jenis produk merokok.

Selain tempat larangan penjualan rokok termasuk institusi pendidikan,pasar jualan,dalam talian dan mesin layan diri.

Operasi penguatkuasaan melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri,Kastam Diraja Malaysia,Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara,Majlis Perbandaran Kangar dan Polis Diraja Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.