Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-29
HaiPress

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah / Foto RTM
SUNGAI PETANI,29 Oktober – Semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan berhubung insiden pengibaran bendera China semasa Sambutan Guan Gong Sedunia yang diadakan di Dataran Menara Condong,Teluk Intan,Khamis lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata kes itu diserahkan kepada kebijaksanaan dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diuruskan.
Beliau yakin PDRM akan menjalankan siasatan berpandukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
“Perkara tersebut telah disiasat oleh polis,dan kita serah kepada kebijaksanaan dan kemampuan PDRM untuk mengendalikan kes ini. Apa pun,saya percaya PDRM berpegang kepada peraturan dan undang-undang yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertauliahan Program Persijilan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) PPA kali ke-3 2024 di Pusat Latihan AADK,di sini.
Sebelum ini,beberapa video insiden tersebut tular di media sosial,memaparkan sekumpulan individu mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong,Perak.