Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-31
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,31 Oktober- Tiada kompromi terhadap sebarang jenayah dalam talian.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menegaskan kerajaan tidak boleh memberi lebih masa untuk pelaksanaan pelesenan media sosial.
Usaha itu bagi mengekangjenayah pedofilia dan aktiviti penipuan yang semakin berleluasa di dunia maya.
"Kita menerima aduan daripada orang awam tentang kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook. Ada yang beratus orang,ada yang mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.
Jadi,saya tidak faham mengapa (Meta) mahu mempertahankan kumpulan scammer dan pedofilia ini. Kita sudah mengarahkan supaya platform media sosial dilesenkan. Maka,lesenkanlah," kata Fahmi.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024,di ibu negara,hari ini.