Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-31
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,30 Oktober- Public Mutual,anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM94 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2024.
Dalam satu kenyataan hari ini,pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar tahunan lima sen seunit bagi Public Islamic Bond Fund dan 0.4 sen seunit bagi PB Asia Real Estate Income Fund.
Ia juga mengumumkan pengagihan kasar sebanyak 0.75 sen seunit (sampingan) untuk Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund dan 0.50 sen seunit (separuh tahunan) untuk Public Islamic Dividend Fund.
Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.
Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan,menguruskan sembilan dana PRS.- BERNAMA