Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-01
HaiPress

Dua buah rumah di Lorong Bangau Dua,Kampung Semerah Padi musnah dalam kebakaran 100 peratus/Foto Bomba Sarawak
KUCHING,1 November – Dua buah rumah musnah sepenuhnya membabitkan 15 orang mangsa dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Bangau Dua,Kampung Semerah Padi,tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata,panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.12 tengah malam,dan pasukan bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi,mereka mendapati kebakaran telah melibatkan dua buah rumah yang masing-masing memiliki struktur separuh kekal dan kekal,kedua-duanya terbakar seratus peratus.
"Rumah pertama merupakan kediaman dua tingkat dengan 13 orang penghuni,manakala rumah kedua yang berstruktur setingkat separuh kekal didiami oleh dua orang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu,kesemua penghuni berjaya keluar dan menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Operasi pemadaman kebakaran selesai sepenuhnya pada pukul 2.26 pagi tadi.