Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-01
HaiPress

Seorang kanak kanak lelaki maut dalam nahas empat kenderaan di Terengganu/FotoJBPM
KUALA NERUS,1 November- Seorang kanak kanak lelaki maut dalam nahas melibatkan empat kenderaan,pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.24 pagi di Jalan Bukit Cempaka,Kampung Panchur Kuing,Kuala Nerus
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Azli Mohd Noor ketika mengesahkan kejadian itu berkata insiden melibatkan sebuah lori tiga tan dengan tiga buah kereta.
"Kanak-kanak lelaki yang menaiki perodua Aruz meninggal dunia di lokasi kejadian dan identiti mangsa sedang disahkan.
"15 lagi mangsa dilaporkan selamat manakala dua lagi cedera," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambahnya,maklumat kesemua mangsa terlibat sedang dikenal pasti.
Punca kejadian masih dalam siasatan.