Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-01
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,1 Nov- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula dan diniagakan lebih tinggi tengah hari ini.
Pada rehat tengah hari,kontrak November 2024 meningkat 2.5 mata kepada 1,606.0,Disember 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,608.5 dan Mac 2025 naik 1.5 mata kepada 1,597.0.
Kontrak Jun 2025 yang baru diperkenalkan tidak diniagakan pada 1,595.5.
Jumlah dagangan sebanyak 3,790 lot dengan kepentingan terbuka pada 40,035 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI rendah 0.27 mata kepada 1,601.61 daripada 1,601.88 semasa ditutup pada Rabu.- BERNAMA