Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-05
HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,5 November- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,sokongan pengukuhan ringgit itu dipacu perkembangan positif ekonomi negara selain disokong komitmen kuat kerajaan menerusi dasar bawah kerangka MADANI.
Manakala,RM160 billion jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang telah diluluskan separuh tahun pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
"Selain perkembangan luaran,ekonomi Malaysia juga sedang berkembang dengan baik. Setakat suku ketiga 2024,ekonomi Malaysia telah berkembang secara purata sebanyak 5.1 peratus. Ini termasuk anggaran awalan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku ketiga 2024 sebanyak 5.3 peratus.
"Seterusnya,ekonomi negara dijangka mencatat perkembangan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus untuk keseluruhan tahun 2024. Inflasi masih rendah dan terkawal pada 1.8 peratus pada September 2024," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng berkenaan prestasi ringgit tahun ini berbanding dolar AS dan mata wang asing negara lain serta nilai yang berpatutan selaras dengan kenaikan pelaburan asing,pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menggalakkan dan kadar inflasi terkawal.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga sentiasa bersedia mengambil langkah dalam pasaran pertukaran asing bagi membendung pergerakan mata wang dianggap berlebihan.
Setakat 4 November ringgit mengukuh sebanyak 5.03 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat selain ringgit terus mengukuh berbanding mata wang negara serantau.