Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-08
HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,8 November-Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa enam anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan dalam satu insiden letupan yang berlaku berhampiran Stadium Saida,Lubnan,semalam.
Letupan tersebut berlaku ketika anggota MALBATT 850-12 sedang dalam perjalanan dari Beirut menuju ke Kem Marakah.
Menurut Markas ATM,letupan itu menyasarkan sebuah kenderaan awam yang sedang menghala ke Beirut,namun turut menjejaskan sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.
"Akibat kejadian tersebut,seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan. Lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai kecederaan ringan termasuk di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm).
"Seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 turut mengalami kecederaan ringan.
"Anggota yang mengalami kecederaan di tangan telah dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11," menurut kenyataan itu.
ATM akan terus memantau perkembangan situasi itu dengan teliti dan akan memberikan maklumat terkini mengenai insiden itu dari semasa ke semasa.
ATM juga menegaskan komitmennya terhadap keselamatan serta kesejahteraan anggota yang bertugas dalam misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu.