Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-08
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 November- Peningkatan aliran masuk pelaburan dan pengurangan defisit fiskal antara pemangkin positif bagi memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5 dan 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.
Ketua ahli ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC),Dr Ray Choy berkata,jumlah pelaburan diluluskan kini berada pada purata lebih RM300 bilion.
Angka itu meningkat ketara berbanding sekitar RM200 bilion pada tempoh 2015 hingga 2019.
Jelasnya,aliran semikonduktor global yang mencatatkan peningkatan,turut memberi manfaat kepada negara.
Sementara itu,nisbah defisit fiskal berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar menunjukkan kenaikan konsisten.
Perbelanjaan kerajaan dijangka berkurangan disumbangkan rasionalisasi subsidi dan pengurusan berhemat perbelanjaan pembangunan.
Negara juga semakin menggalakkan perkongsian awam-swasta bagi memacu dan menguruskan perbelanjaan pembangunan dengan berkesan,walaupun dengan peruntukan yang berkurangan.
Beliau mengulas perkara itu dalam taklimat secara maya anjuran MARC mengenai Belanjawan 2025.