Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-11
HaiPress

Datuk Fairul Nizam Roslan / RTM
AYER KEROH,11 November- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka,diharap dapat membantu Jawatankuasa Kempen Task Force (pasukan petugas khas).
Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,tindakan itu bagi menangani kes judi dalam talian,penipuan internet serta jenayah siber di negeri berkenaan.
Selain bertujuan membentuk masyarakat yang mempunyai kesedaran dan kefahaman tinggi berhubung penipuan kewangan.
"Scammer ini merupakan salah satu isu keselamatan yang boleh JPKK bantu. Dalam dunia digital yang kian berkembang ini,JPKK harus menguasai bidang digital,terutama berkaitan media sosial tiktok dan sebagainya.
"Mereka juga mengambil input berkaitan dgn dasar ataupun inisiatif kerajaan negeri untuk disampaikan kepada anak-anak buah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran Jenayah Kewangan Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Melaka di MITC.