Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-11
HaiPress

Foto Hiasan
GEORGE TOWN,11 November- Seorang penjaja berusia 48 tahun ditahan kerana memiliki dua pucuk pistol ketika serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pistol itu ditemui di dalam kenderaan milik penjaja berkenaan bersama beberapa butir peluru.
“Berdasarkan maklumat,polis telah melakukan serbuan dan menemui dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru dalam kereta milik suspek.
“Melalui siasatan awal,suspek mendakwa pistol berkenaan adalah untuk perlindungan diri sahaja,namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Lee berkata suspek turut didapati memiliki rekod lampau dan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Nov untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. / BERNAMA