Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-12
HaiPress

Salah satu laluan di Klang,Selangor dinaiki air susulan hujan lebat pagi tadi
KLANG,12 November-Tujuh laluan di sekitar daerah Klang dekat Selangor dinaiki air sehingga 0.4 meter susulan hujan lebat pagi tadi,menjejaskan pergerakan lalu lintas di kawasan terlibat.
Antara laluan terjejas ialah Jalan Sentosa 52,Jalan Sungai Putus,kawasan Sekolah Kebangsaan Batu Belah,Persiaran Batu Belah,Persiaran Sungai Keramat di Bandar Bukit Raja dan Persiaran Aman Perdana.
Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang Norfiza Mahfiz memaklumkan bahawa ketinggian air di kawasan tersebut dianggarkan antara 0.1 hingga 0.4 meter.
Keadaan banjir kilat itu dilaporkan beransur surut dan tiada rumah dimasuki air setakat ini.
Menurut Norfiza,bacaan taburan hujan menunjukkan Kampung Perepat menerima hujan paling tinggi dengan jumlah 45 milimeter (mm),diikuti Bandar Klang (23 mm),Telok Gong (12.5 mm) dan Kampung Rantau Panjang (11.5 mm).