Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-12
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,11 November - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan lemah seiring dengan penyusutan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kadar bulan semerta November 2024 jatuh kepada US$2,674.70 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.
Sementara kontrak Disember 2024,Januari 2025,Februari 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,687.00 setiap auns troy daripada US$2,705.60.
Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 15 lot manakala kepentingan terbuka menurun kepada 18 kontrak daripada 31 sebelumnya.
Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Nov,harga emas fizikal berada pada US$2,691.15 setiap auns troy. - BERNAMA