Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-13
HaiPress

Keadaan kenderaan yang dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler
BUKIT MERTAJAM,13 November- Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah di sini kira-kira pukul 9.16 pagi tadi.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda,PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah,mangsa,Lee Zi Rou,21,disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu,tular sebuah video menunjukkan treler tersebut membelok kanan sebelum kontena dibawanya terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat.
