Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-14
HaiPress

Lim Hui Ying
KUALA LUMPUR,14 November- Seramai 11.1 juta pemegang unit telah melabur dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB),melibatkan langganan sebanyak 173.8 bilion unit setakat Oktober lalu.
Sementara itu,seramai 731,872 pemegang unit telah melabur dalam Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan jumlah langganan sebanyak 29.4 bilion unit.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan pelaburan permulaan serendah RM10 membolehkan pelabur menambah pelaburan di cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau melalui ejen-ejen ASNB yang dilantik.
"Pelaburan juga boleh dibuat melalui platform dalam talian di aplikasi dan portal myASNB. Pelabur boleh melabur dengan jumlah maksimum 300,000 unit bagi ASB. Walau bagaimanapun,bagi ASM jumlah pelaburan maksimum tertakluk kepada peruntukan saiz dana," katanya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj mengenai bilangan penyertaan rakyat Malaysia yang melabur dalam ASB dan ASM.