Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-15
HaiPress

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Imam BesarAl-Azhar Al-Sharif(Sheikh Al-Azhar)Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyebatas pemergian kakaknya,Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb.
Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan agar allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,selain mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada keluarga Profesor Dr Ahmad.
Terdahulu,menerusi lawatan rasmi selama empat hari di Mesir,Perdana Menteri sempat mengadakan pertemuan bersama Profesor Dr Ahmad.
Pertemuan itu diadakan selepas beliau bertemu dengan Presiden Mesir,Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya.
Dalam perbincangan bersama,Datuk Seri Anwar memaklumkan mengenai cadangan memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Al-Azhar Al-Sharif.