Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-15
HaiPress

FOTO RTM
LIMA,15 November- Kerajaan bersedia mengubah dasar sedia ada bagi memudahkan aliran masuk pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh,Malaysia kini sedang menilai keseluruhan dasar mengenai pemuliharaan air susulan permintaan tinggi dari pusat data di seluruh negara.
"Kita menerima permintaan untuk air daripada pusat data,saya tidak pasti untuk apa kegunaannya tapi mereka meminta lebih banyak air dan tenaga," katanya ketika berucapsewaktu menjadi salah seorang panel Sidang Kemuncak CEO APEC di Lima Peru.
Selain itu,kerajaan juga telah mula melaksanakan banyak perubahan dalam latihan dan kokurikulum di sekolah,universiti serta kolej agar seiring permintaan semasa.
Setakat ini Malaysia berjaya melaksanakan pelbagai perubahan kerana kerajaan bersedia menerima pandangan daripada pelbagai pihak demi memastikan negara terus kompetitif.