Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-15
HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,15 November - Johor memperuntukkan RM4 juta sebagai penyelesaian jangka pendek dan sederhana bagi naik taraf fasiliti kesihatan di negeri itu.
Menerusi kenyataan Menteri Besar,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata daripada jumlah itu,RM2 juta diperuntuk bagi tiga klinik kesihatan yang daif,uzur dan sesak.
Ini melibatkan klinik kesihatan (KK) Gelang Patah,KK Majidee,KK Tebrau dan KK Kulai.
"Penyelesaian jangka sederhana turut diambil dengan memperuntukkan RM1 juta bagi pemindahan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak,Gelang Patah ke premis lain bagi menampung keperluan dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Manakala RM1 juta lagi untuk kemudahan parkir kereta awam," kata Datuk Onn melalui kenyataan disini hari ini.
Bagi penyelesaian jangka masa panjang,tapak tanah bagi pembinaan semula klinik kesihatan terbabit telah dikenal pasti dan isu ini mampu diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.