Fri Dec 20
Yayasan Bank Rakyat raih Anugerah ACES 2024
2024-11-15 HaiPress
Pengerusi YBR,Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Pengurus Besar YBR,Syaiful Rizal Abdul Ghani menerima Anugerah ACES Award di Bangkok,Thailand/ Foto YBR
BANGKOK,15 November-Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ pada Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024,semalam (Khamis)
Penyerahan anugerah itu berlangsung di Hotel Intercontinental di sini dengan disempurnakan Rakan Kongsi Pengurusan,Aubrens Sdn. Bhd,Dr. Jayanthi Desan dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas,Naterial Concept; Business Leader,Adeo Group; dan Penasihat Anugerah ACES,Luis Bueno Nieto.
Hadir menerima anugerah ini ialah Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR dengan diiringi Pengurus Besar YBR,Syaiful Rizal Abdul Ghani.
Pengiktirafan buat julung kali diterima oleh YBR atas inisiatif yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia menerusi pendidikan serta program kemasyarakatan sepanjang tahun 2023 bertujuan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Philip berkata,anugerah ini menjadi tanda pencapaian YBR sepanjang penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun
“Pengiktirafan ini merupakan bukti kesungguhan YBR serta komitmen dalam pemerkasaan masyarakat yang signifikan dengan matlamat pembangunan kelestarian di Malaysia”.
“Kami akan sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Philip turut menambah,anugerah berkenaan membuktikan dedikasi YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik serta sebagai penanda aras untuk terus berbakti dan memacu negara ke peringkat seterusnya.
Jelasnya,sepanjang tahun 2023 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat.