Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-15
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 November- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Skim "Halal Portfolio Guarentee-i" pertama dengan kerjasama Credit Guarentee Corporation Malaysia Bhd (CGC).
Kerjasama itu bagi menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang kukuh kepada perusahaan kecil dan sederhana,PKS.
Menerusi kenyataan,institusi kewangan itu berkata,inisiatif itu akan menawarkan jaminan bagi kemudahan pembiayaan.
Pembiayaan ini yang diberikan kepada PKS yang terlibat dalam perniagaan berkaitan halal bagi memastikan mereka mempunyai akses dana yang mematuhi prinsip Islam.
Dengan dana sebanyak RM70 juta,inisiatif berkenaan diwujudkan secara strategik untuk menawarkan pembiayaan yang mudah diakses.
Inisiatif itu juga memudahkan perniagaan mendapatkan modal yang diperlukan dan pensijilan halal serta pemerolehan aset.
Syarat pembiayaan adalah fleksibel dengan tempoh maksimum sehingga tujuh tahun untuk PKS dan tiga tahun untuk PKS mikro.