Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

2024-11-15     HaiPress

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan bilangan dan nilai transaksi / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,15 November – Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan bilangan dan nilai transaksi.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta,Abdul Razak Yusak berkata jumlah transaksi meningkat sebanyak 3.1 peratus,manakala nilai transaksi bertambah 0.3 peratus,menjadikan sebanyak 112,305 transaksi bernilai RM57.31 bilion direkodkan.

Peningkatan tersebut dipacu oleh lonjakan transaksi dalam semua subsektor harta tanah serta situasi pasaran yang memberangsangkan.

“Sokongan berterusan kerajaan serta pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia telah memberi impak signifikan kepada aktiviti pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024.

"Kerangka Ekonomi MADANI,yang memberi tumpuan kepada penstrukturan semula dan pembaharuan ekonomi Malaysia,serta pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),telah mula menunjukkan keberhasilan positif transaksi sektor harta tanah industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap secara dalam talian mengenai Prestasi Pasaran Harta Tanah Suku Ketiga 2024.

Tambah Abdul Razak,industri harta tanah yang terus berkembang kukuh menjadi salah satu enjin utama pertumbuhan ekonomi negara,memberikan keyakinan terhadap kekuatan pasaran harta tanah dalam mencapai sasaran transformasi ekonomi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.