Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-19
HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 November- Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi menjadi penanda aras Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani isu kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,inisiatif tersebut mula dilaksanakan Mei tahun ini dan dipantau Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga telah mewujudkan kerangka Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QOS) bagi tujuan tersebut.
Pelaporan prestasi diukur menggunakan sistem Smart Q berasaskan teknologi 'Internet of Thing'
"Jadi sistem ini menggunakan teknologi infrared dan ia mengesan dan menganalisa pergerakan penumpang termasuk bagi mengukur tempoh waktu menunggu.
"Berdasarkan kepada prestasi ini bahawa lapangan terbang kita mencapai sasaran tempoh menunggu yang pendek. Melainkan dalam sebulan akan berlaku lima atau enam hari,ketibaan pesawat lari daripada jadual,jadi ia selang dua tiga minit",katanya.
Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Segamat,Yuneswaran Ramaraj di Parlimen
Namun,pihaknya juga turut mengakui kelewatan akibat ketibaan pesawat dan sedia mengatasi masalah tersebut sebaiknya.