Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-20
HaiPress

FOTO RTM
SEPANG,20 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan rasmi ke empat negara sejak 9 November lepas.
Pesawat yang membawa Datuk Seri Anwar tiba di Kompleks Bunga Raya,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 11.35 pagi.
Kepulangan Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan beberapa delegasi lain.
Lawatan Perdana Menteri ke Mesir,Arab Saudi,Peru dan Brazil kali ini membuahkan hasil dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta menarik pelaburan lebih RM12 billion ke dalam negara.
Selain menjana potensi pelaburan,lawatan beliau turut memberi peluang berkongsi dasar dan aspirasi Malaysia terkait hubungan antarabangsa.
Khususnya dalam menyatakan komitmen dan suara rakyat Malaysia berhubung kekejaman berterusan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lubnan.