Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-21
HaiPress

Foto BERNAMA
MUAR,21 November-Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun,meninggal dunia selepas kereta dinaiki,terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 148.1 Lebuhraya Utara Selatan,di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muar,ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata,ketika kejadian mangsa menaiki kereta bersama tujuh ahli keluarganya.
Siasatan awal mendapati,kemalangan berlaku apabila pemandu treler berusia 26 tahun mengalami tidur sejenak (microsleep) dan hilang kawalan,sebelum melanggar besi penghadang jalan.
Insiden itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang berada di lorong kanan laluan,merempuh sisi depan treler tersebut.
Pelanggaran menyebabkan kanak – kanak terbabit cedera parah di kepala dan badan,dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Manakala tujuh lagi ahli keluarganya dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah,Muar bagi menerima rawatan.
Pemandu treler terlibat,mengalami kecederaan ringan,dan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.