Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-21
HaiPress

FOTO RTM
KUALA TERENGGANU,21 November- Setakat pukul 11 pagi tadi,situasi banjir di Terengganu tidak berubah.
Jumlah penduduk terjejas kekal dengan 2,579 penduduk daripada dua daerah yang dilimpahi bah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan,Kemaman mencatatkan paling ramai penduduk terjejas dengan 2,566 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara,PPS.
Manakala di Marang,hanya satu PPS dibuka yang menempatkan 13 penduduk.
Sementara itu menurutportal publicinfobanjir paras air sungai di Sungai Tumpat,Kampung Baru Kemasik,Kemaman melebihi paras amaran iaitu 2.01 meter.
Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.